zzuntitled.jpg

Home | HERBA 2 | Favorite Links | CONTACT ME | Family Photo Album | My Resume

HERBA AMATLAH PENTING DI DALAM KEHIDUPAN
KITA. IA DAPAT DIGUNAKAN APABILA KITA MENGHADAPI SESUATU PENYAKIT.DARI ITU ANDA PERLU TAHU KHASIAT DAN KEGUNAAN SESUATU HERBA.

VIDEO HERBA

butterfly.gif

SILA KLIP BLOGSPOT HERBA
limau2.jpg
SILA KLIP FOTO INI

LIMAU PURUT

Nama Botani           Citrus hystrix DC.

Pengenalan

Tanaman saka ini berasal dari Asia dan telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Habitatnya ialah di kawasan subur yang bersaliran baik dan banyak ditanam disekitar rumah sahaja. Kulit buah limau purut adalah berkedut, tebal, dan isinya tidak berapa berair. Tumbesaran  pokok adalah perlahan berbanding dengan spesies limau lain. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 m. Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung.

Khasiat dan Kegunaan

Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka,  lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

 

 

KAPSUL ORANG LAMA
kegunaan nya untuk kekuatan urat,darah tinggi,kencing manis,deman kuning
dan sakit sendi.
RAMUAN: KUCING GALAK,POKOK SUSU KAMBING,BATANG WALI,DUKUNG ANAK,SENAMAKI DAN REMPAH RATUS TIMOR TENGAH.

felix.gif

Rm15.00  untuk 40 biji di Sekitar Kota Bharu dan Rm 20.00 secara pos.
sila hubungi : 013-9232326 (Rozi)
 
EMAIL: srirozi@gmail.com
 

SILA KLIK FOTO SONIC
sonic.gif
ANDA DAPAT KOLEKSI VIDEO

emas2.jpg

EMAS COTEK

Nama Botani      Ficus deltoidea

Pengenalan    

Emas cotek banyak terdapat di Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Ia merupakan sejenis tanaman epifit yang hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar hanya untuk mendapatkan cahaya matahari. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan belukar di tepi laut atau rimba di pergunungan. Tanaman ini tidak tumbuh di kawasan hutan bakau. Tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi 135 cm dan garis pusat kanopi berukuran lebih kurang 157 cm. Bentuk daun adalah berbeza mengikut aksesi iaitu sama ada bulat, bujur telur atau lonjong. Daun yang besar dan bulat di kelasifikasikan sebagai emas cotek betina dan yang lebih kecil dan lonjong sebagai emas cotek jantan. Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaannya manakala dibawah permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam.

 

Khasiatnya

Emas cotek dipercayai berkhasiat untuk sistem reproduktif  wanita.  Air rebusan keseluruhan tanaman diminum oleh wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim pada keadaan asal. Ia juga digunakan oleh wanita untuk merawat keputihan dan melawaskan haid. Tumbuhan herba ini dipercayai boleh mengekalkan awet muda dan digunakan sebagai ramuan dalam menyediakan tonik untuk lelaki dan perempuan. Selain daripada itu, emas cotek berupaya mencegah dan menyembuhkan penyakit-penyakit seperti paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancarkan peredaran darah dan rawatan sakit kulit.

 

 

 

KAMI JUGA ADA MENYEDIAKAN KEMUDAHAN MEMBUAT LESEN KEM.KEWANGAN,MEMPERBAHARUI DAN TAMBAH BIDANG DALAM MASA 2 MINGGU.( KHUSUS UNTUK KELANTAN DAN SEKITAR BESUT)
JIKA BERMINAT,SILA HUBUNGI SAYA.
 
TEL: 013-9232326

Sila menghubungi dengan apa-apa komen-komen atau reaksi-reaksi untuk tapak saya
 
Email:srirozi@gmail.com

Full name:
Comment:
Your Email address:
  

 

SITE INI MERUPAKAN SUATU PERMULAAN MELANGKAH KEALAM CYBER,
SILA BERI KOMEN YANG MEMBINA BAGI MEMAMTABKAN LAGI WEBSITE
SAYA. SEKIAN TERIMA KASIH.