zzuntitled.jpg

HERBA 2

Home | HERBA 2 | Favorite Links | CONTACT ME | Family Photo Album | My Resume

Pokok Kapal Terbang

260px-pokokkapalterbang.jpg

Pokok ini berasal daripada Hindi Timur,Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia dikelaskan sebagai tumbuhan rumpai dan dari Famili Asteraceae, Compositae. Nama dalam Bahasa Melayu adalah Pokok Kapal Terbang, Pokok Jerman ataupun pokok Jepun. Nama-nama lain tumbuhan ini adalah Osmia odorata, Chromolaena odorata, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush dan Baby Tea. Pokok  ini mempunyai batang bebusa dan boleh mencapai ketinggian 2.5 meter. Daunnya mempunyai bau. Daun dan bunga diguna untuk merawat luka dan sebagai racun serangga.

Pokok ini beracun dan boleh memudaratkan apabila termakan. Bahan aktif keracunan adalah Alkaloid pyrolizidin berserta dengan bahan-bahan α-pinen, ß-cubebene, 7- dan 9-Angeloylretroneecine, intermedine, riderine dan 3'-acetylrinderine.

Kesan Keracunannya boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutamanya di kalangan kanak-kanak. Keracunan ini boleh dipindahkan daripada ibu kepada anak dalam kandungan melalui uri. Sintom keracunan dapat dikesan setelah beberapa hari dan biasanya dikesan dengan kejadian sakit perut yang kuat, muntah-muntah dan bengkak hati.

belimbingtanah2.jpg

BELIMBING TANAH
 
Nama Botani                    Tacca Cristata
 
 

Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m. Daun atau pelepahnya agak besar, panjang, berbentuk bujur telur ('ovate') dan bewarna hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut). Bunganya juga besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit.

Khasiatnya

Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.

SEKIRANYA ADA APA-APA KOMEN TENTANG WEBSITE SAYA,
SILA TULIS KOMEN ANDA DI RUANG DIBAWAH DAN SERTAKAN JUGA NAMA DAN EMAIL ANDA.

Full name:
Comment:
Your Email address: